pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Saturday, October 1, 2011

I FEEL BETTER TO BE A SINGLE!! SERIOUS!!

gambar diambil tanpa tengok wayang ok~~!

serius!!! statement gila DRC hari sabtu nih..hahahaaa...


Assalammualaikum sahabatku Ahli Ceria...! Selamat hari sabtu dan selamat BULAN OKTOBER!!!!yeaaahhh!!
kenapa DRC seronok sangat bila oktober nih? seronok la sebab da nak habis da study ku di sini..uuweeakkk :P

DRC sentiasa mendoakan masa berlalu dengan pantas untuk berjalan dan menamatkan pengajian.. sebenarnya belom lagi cuma semester depan dah tak menghadap kelas, tutorial, assigment dan bermulalah alam pekerjaan sementara (praktikal).! teirma kasih kepada sebuah sekolah persendirian yang telah menerima DRC untuk praktikal di sana... :)


OK, statment atas tu seperti mencari publisiti mureehan kan?? takde la.. sebenarnya DRC berbangga apabila DRC seorang single! yeaahh! malam tadi semasa membuat beberapa tugasan yang belum siap,,, (tu yang tak berBW) datang seorang sahabat yang tanya pada DRC samada DRC masih kosong atau taken!? DRC jawab lah, kosong je... e'ehh! yang tanya tu lelaki okeyyyh~
bila DRC da jawab, dia pun kata, "hanglah manusia paling malang kt dunia". ewah3x... ni yang mak jemah marah nih!.hahaa.. (pengaruh mak jemah).
DRC tak kisah pun dia nak cakap macam tu, sebab DRC tau yang dia sebenarnya bergurau senda nak kena pelempang dengan DRC...heheeee...


Kenapa DRC tak kisah dan kenapa DRC 'feel better' menjadi seorang yang single :
1. DRC tenang sangat tak ada kongkongan dan kawalan dari sesiapa melainkan mama n dady!
2. penjimatan kredit tahap maksimum DRC nak berSMS dan berCALL dengan org yang DRC tak tentu lagi jadi miliknya atau tidak
3. penjimatan wang berkali ganda DRC nak beli hadiah, beli tu...beli ni....belanja tengok wayang... karaoke...blaa..blaaa..blaaa dengan orang yang tak tentu lagi jadi milik DRC...
4. menjarakkan jauh-jauh dengan unsur maksiat tahap DRC daripada terus lagha' (lalai) dengan duniawi.
5. DRC berpegang pada ayat suci al-Quran yang menyatakan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." - Surah al-Israk (32)
ayat ini menceritkan bahawa MENGHAMPIRI ZINA itu adalah dosa. ZINA itu sendiri adalah dosa, dan untuk kita HAMPIR (DEKAT) dengan ZINA itu mempunyai pelbagai cabang...
6. boleh fokus dalam hubungan DRC dengan Allah, Rasul, Keluarga dan Kawan-kawan!
7. DRC tak perlu nak bagi report segala pelakuan dan aktiviti DRC dalam satu hari. eh, buat pe nak report kat kau sedangkan kau pun tak reti jaga diri kau.huhuhuk
8. DRC lebih terbuka cra komunikasi dengan sesiapa. tak ada orang nak jeles, cemburu buta,..
9. hubungan DRC dengan orang lain lebih baik tahap A+ sebab tak ada pergaduhan dengan sesiapa yang sakit hati.
10. DRC lebih bahagia tanpa ada orang yang masih ragu-ragu hubungan dan ketetapan dengan DRC. DRC lebih selesa dan happy dengan orang yang betul-betul hak DRC secara halal dari segi syarak.


So, itulah kenapa DRC 'feel better' menjadi seorang yang S I N G L E.!
jadi, kepada anda yang ingin mencuba 'feel better', try lah menjadi seorang yang SINGLE!
bessttt....


DRC pssssttt : Kadang-kadang kita mengejar cinta, katanya itulah cinta sejati. tapi adakah kita lupa cinta sejati itu tak perlu dicari kerana sejak kita lahir, cinta sejati tu telah bersama kita. cinta sejati itu melahirkan kita, membesarkan kita, menyusukan kita, memberi pakaian kepada kita, memberi tempat tinggal kepada kita, bersussah payah kerana kita. Tapi, kita masih mencari yang lain.. kenapa??

5 comments:

Azie Rashid said...

hehe. entry terbaik la DRC! insyaAllah suatu hari datang jodoh :)

DRC said...

insyaAllah....amin...hehe..TQ

ctk said...

betul2...single is better...tp bila tiba msenyer, DRC kena gk berdouble, tuhan kn da ciptakan pasangan masing2 :D

DRC said...

btul ckp CTK.... Allah ciptakan manusia berpasangan.. tp pasangan yang halal dari segi hukum dan syarak... itu yg DRC tunggu... ade ke org nk msok minang..lallalaaa~~

nur_za said...

nur suka entry ni..DRC tunngu org msuk minang ye...tunggu je..nti ada la 2..hehehe

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...