Tembok Hati
jelas kerana kau sudah terkeliru
tak tahu mana arah tuju
kau buntu
kau celaru
hati kau mula berbatu
saatnya kau mula menapak
tangan kau seakan terbang berkepak
hati kau mula terdesak
tiada siapa yang mampu menegurmu
tiada siapa yang boleh membantumu
tiada siapa yang layak mengajarmu
tiba suara orang muda berkumandang
kau menutup kupingmu
tiba suara orang muda bergema
kau buat tak endah
tiba suara orang muda berlaungan
kau mula gusar tambah gelisah
tembok hati kau sukar dilepasi
tatkala egomu besar tak tentu
apakah sukar untuk suara orang muda kau dengari?
tembok hati kau payah dirempuhi
tatkala jawatanmu besar terbesar
apakah sukar untuk suara orang muda kau peduli?
tembok hati kau memang perlu aku hormati
namun apakah mereka faham?
ataupun hanya kau yang memahami?
tembok hati kau keras berbatu
sukar suara orang muda menembusi..
No comments:
Post a Comment