pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Wednesday, June 1, 2011

Ahmad Idham : Maharaja Lawak??

Assalammualaikum semua.. ceriakan hari mu walau mendung berlalu...

ok.. baru-baru ni, DRC pernah utarakan pendapat tentang kredibiliti Ahmad Idham sebagai pengkritik Maharaja Lawak.
bukan DRC tak suka Ahmad Idham... tapi DRC tertanya-tanya... apakah platform yang digunapakai oleh Ahmad Idham untuk menjadi pengkritik Maharaja Lawak.

DRC dapat tahu Maharaja Lawak ni pertandingan diantara juara-juara Raja Lawak. dan ada juga mereka yang ditempat kedua dan ketiga Raja Lawak menjadi peserta Maharaja Lawak. Namun, namanya Maharaja Lawak! bukannya Raja Lawak yang biasa......

DRC tau Ahmad Idham merupakan penerbit filem lawak dan jenaka yang terkenal. akan tetapi, mampukah dia mengkritik dalam "MAHARAJA Lawak"?  dekat bawah ni ada pertanyaan DRC kepada Fan Page Maharaja Lawak di Facebook berkaitan isu ini..::


DRC percaya, Ahmad Idham merupakan seorang pengarah dan penerbit filem yang sanggat unggul... tapi macam dalam komen DRC yang tak de orang jawab setakat ini,, "SOUL" atau "JIWA" lawak itu kuraaaang muncul dalam diri Ahmad Idham.. kita imbas kembali zaman kegemilangan beliau.. beliau cukup terkenal dengan watak romeo...watak jambu... watak bunga... tapi perasan atau tidak sejak arena lawak ini mendpat keuntungan yang besar, dia juga mahu terlibat... DRC ada sebutkan beberapa orang tokoh lawak veteran dalam komen tersebut.. AR Badul... Harun Salim Bachik... tapi, mereka bukan penerbit... Ok, kalau bukan mereka berdua, DRC sebutkan nama Aziz M. Osman. haaa!! penerbit dan pelakon jugakkan!? 

Aziz M Osman telah 'mengikat' SENARIO sejak dari filem "senario the movie" lagi... dan dia mengikat begitu rapi sehingga tiada penerbit lain untuk mengacau senario untuk buat filem.. malahan, Aziz M Osman juga mempunyai 'jiwa' lawaknya yang tersendiri.. Sitkom PUTERI, DUNIA ANITA dan bermacam lagi adalah sitkom gelak ketawa dan percayalah beliau sendiri merupakan seorang yang boleh berjenaka dan spontan.

Ok... Ini adalah pandangan dan pendapat DRC sendiri.. Bukan tidak puas hati dengan Ahmad Idham cumanya, kredibilitinya menjadi tanda tanya buat DRC....

Pendapat Anda pula bagaimana???

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...