pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Saturday, December 4, 2010

REVIEW FILEM | aKu taK bOdOh.!! paham..??!!

hari ini hari berfoya-foya.. haduiii... bila mau stdy betul-betul???hehee......
memang rancang dengan teman untuk menonton wayang, Aku Tak Bodoh hari ini. walaupun dalam keadaan genting tapi tiada apa yang menggangu gugat aku..hehehe.....




secara keseluruhannya cerita ATB ni aku bagi 4.5bintang dari 5.0bintang! cayalah kepada pengarah, pelakon dan kru produksinya!! sangat terhibur dan memberi nasihat serta mesej kepada penonton. ATB 'berlaga' dengan Ngangkung yg dibintangi oleh Shazley Sam. walaupun pada aku kekuatan Shazley Sam dalam Ngangkung tu xdapat disangkal, tapi aku tetap mahu menonton ATB! tak sangka tidak rugi teman aku belanja aku tengok wayang.!


ATB dimulakan dengan sebuah perjalanan cerita yang ringkas tetapi sarat dengan mesejnya. walaupun ada sesetengah babak yang dibuat-buat spt babak amy mastura dgn reizman bergaduh, ttapi ia sangat menarik kerana itu adalah realiti masyarakat sekarang.


ATB adalah sebuah filem 'rakyat' yang berorientasikan kehidupan keluarga. dan ia sangat dekat dengan kita kerana itu adalah kehidupan seharian kita dan sekeliling kita.


Roy dalam ATB ini boleh aku gambarkan sebagai aku.. ceh!! perasaan.! bukan orangnya tapi perwatakannya itu. Roy seorang blogger. dan penulisan dalam blogger itu berkisar tentang luahannya. ermmm.. dan Roy mempunyai seorang kawan iaitu Sudin. dan Sudin tu pulak mcam kawan aku yg sorang tu...hehehe.......


apapun, kisah dalam Aku Tak Bodoh benar-benar realiti masyarakat kita yang sering tak tahu apa kemahuan remaja dan kanak-kanak. jangan pernah sangka remaja itu sentiasa melakukan kesilapan dan jangan terlalu bangga dengan remaja itu jika dia selalu betul. harus untuk kita sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk remaja zaman kini yang mempunyai pelbagai cerita. yang harus diikuti, dituruti dan mana yang harus ditengah, dijauhi.... sesungguhnya kebodohan itu bukanlah kita yang menilai...!


>.<


anyway,, AKU TAK BODOH SANGAT BEST!!!!

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...