.Aku memalingkan mukaku. Cuba melarikan diri dari pandangan matanya yang sangat tajam. Malah aku cuba melarikan diri tatkala tangannya menyapa tanganku. Namun aku mandum dengan apa yang telah berlaku. Sembam kepalaku bagai ditindih batu bata agar lambat berfikir. Tangannya terus memegang erat tanganku seperti tidak mahu aku lari dari pandangan matanya. Aku mengalah. Mungkin pada aku ini kali terakhir aku bersua dengannya. Mungkin juga kali ini aku tak bias lari tetapi satu hari nanti aku pasti lari terbang jauh dari cengkamannya. Matanya cuba beraksi dengan mataku. Namun aku masih tidak boleh merenung tepat ke matanya. Aku melarikan anak mataku agar tidak mudah percaya lagi dengan bicara mata yang kepuraan.
“Manis, Qabil minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Qabil terlalu mengikut perasaan,”dia mula membuka kalam.
Aku mendiamkan diri. Naik muak aku mendengar segala kalam dusta dari bibir itu.
“Manis, andai hati kita pernah menyayangi cuba kenang kembali saat itu. Andai jasad kita pernah membenci cuba buang rasa itu,”sekali lagi kalam dusta dari bibirnya...........
NANTIKAN SAMBUNGANNYA!!!
No comments:
Post a Comment