Assalammmualaikum...
ketika ini subuh menyinari pagi. persiapan pulang ke kampung halaman begitu rapi dan teliti. perasaan tidak sabar ntuk berjumpa keluarga dan sanak-saudara tercinta berkobar-kobar sempena lebaran yang menanti. walaupun perasaan gundah gulana,, cuba disorokkan dan di sogokkan dengan senyuman yang menguntum walaupun sepi.
kasih berbaki selepas ditolak dan dibundar. hanya sisa kasih sayang ini menjadi penguat ikatan ukhwah. dihambat dengan rasa marah, geram dan menyampah namun ia hanyalah satu daripada warna dan rencah dalam berkasih sayang. ditegur kerana terlalu melakukan kebaikan terhadap seseorang. perkara yang TIDAK boleh lari dri kenyataan. dari perhubungan pertama hingga kini...
kasih yang berbaki ini menjadi titik permulaan semula dalam membina jambatan jati diri dan semangat ukhwah yang tinggi. proses pembelajaran sikap dan toleransi mampu merubahkan dari yang negatf kepada positif atau neutral.
kasih yang berbaki ini menjadi penanda aras ukuran untuk mendekatkan jurang setelah tohmahan dan kekilafan terjadi...
semoga kasih yang berbaki ini menjadi penawar dan ubat tatkala kita cuba kenang kembali saat manis antara kita......
"Selamat Hari Lahir, Mak... i miss u sooo muchhh!!!!!!"
No comments:
Post a Comment