Assalammualaikum.....
baru berjumpa papan kunci komputer selepas 4 hari berlalu Aidilfitri....
debaran dalam Lebaran diteruskan dalam album yang ke dua..hehehe...
raya pertama menaiki kereta MyVi ke masjid jamek Tangkak untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan khutabah "aidilfitri suatu kemenangan". ramai jamaah... dan seperti biasa apabila pulang ke kampung berjumpalah dgn sahabat2.. namun semasa di masjid tak pakai cermin mata jd, mata tidak lah nampak sangat.. ada yang senyum dibalas dengan senyuman tetapi tidak pasti siapakah yg memberi senyuman itu..
selepas tamat solat dan khutbah pulang kerumah kembali dan terus ke kubur arwah mak, dan atok nenek sebelah mama... suasana pagi yang mendung dn renyai-renyai membuatkan aku sebak dengan keadaan. mungkinlah Ramadhan dan Syawal ini yang terakhir buatku.. aku katakan YA!!! terakhir dalam hidupku dengan umur BELASAN TAHUN...kerana selepas ni umurku dah PULUHAN TAHUN... jd selamat tinggal...... dikubur... aku teringat raya terakhir bersama arwah... amat manis apabila teringat kenangan hari raya pertama adalah hari jadiku semasa aku darjah 4 (seingat laahhh).. dan ketika itu Ayah pun tidak bercuti kerana terpaksa bertugas semasa aidilfitri... dan hadiah yang paling istimewa adalah bershopping di pagi raya bersama arwah.... amat manisssss.......
slepas melawat kubur kami pulang semula ke rumah untuk sesi bersalaman bermaaf dan bergambar. al maklumlah kali ini syawal kami bersama orang baru... kami tak anggap dia asing cuma entah mengapa seakan mengasingkan diri....huhh.. payah...
kami tak pulang ke kampung kerana memang berpakat untuk temankan ayah berkerja.. jadi selepas itu kami hanya melawat rumah mak nagah dan umah cik ana yang dekat je dgn teratak kami....
raya pertama habis dengan penuh debaran dan keriangan sederhanaan....
No comments:
Post a Comment