pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, July 16, 2010

Siapa Kata Isu Biasa???

Assalammualaikum....
tak salah jika kita berkongsi berita hiburan bumi brtuah Malaysia ni di blog. bukan tujuan mengaibkan, bukan untuk mengutuk dunia hiburan tetapi melahirkan pendapat dan rasa sedih terhadap golongan yang masih lagi celik dan peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia...

Filem terbaru- Mantra yang semalam di tayangkan secara rasmi di pawagam membuahkan bicara dari masyarakat, dengan kejadian ilmu hitam, mentra, amalan-amalan syirik dan sebagainya. sebuah cerita yang memaparkan realiti kehidupan masyarakat khususnya Melayu, yang mengamalkan ilmu hitam. malah cerita yang mengajar betapa sengsaranya jika kita bersahabat dengan syaitan dan iblis. satu karya yang boleh diangkat untuk dijadikan pengajaran dan didikan. akan tetapi, apabila terdapat adegan yang kurang digemari oleh masyarakat Islamisasi Malaysia, adegan berkemban, malah pelakon utamanya BERBOGEL!!

Selain filem seram- Mantra, sebuah filem yang bakal di tayangkan pada november nanti iaitu .... Dalam Botol, arahan Raja Azmi juga mencetuskan perhatian masyarakat berhubung isu Arja Lee yang melakonkan watak sebagai Ruby berbogel.!! melalui alasan yang diberikan oleh pelakon-pelakon ini adalah untuk mengahayati watak dan feel lakonan yang mantap. bagus dan tahniah diucapak kepada pelakon dan pengarah bagi filem tersebut. cuma, adakah mereka masih menganggap ia merupakan isu biasa? adakah mereka mengambil kes majority untuk mendapatkan perhatian umum atau dalam erti kata lain, publisiti????

Umum sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara ISLAM malah negara yang menubuhkan OIC. jadi, apakah dengan cara 'filem-filem' ini, Malaysia masih lagi dihormati oleh negara luar mahupun pelabur asing yang inginkan Islamik Environment dalam Malaysia?? saya bukanlah mahu menunding jari kepada pihak hiburan semata-mata, saya juga insan biasa yang inginkan kehidupan yang terbaik...cuma apakah dengan cara "berbogel" ini saja pelakon mampu dapat menghayati watak dengan baik dan mantap? adakah alternatif ini saja bagi menunjukkan realiti masyarakat kita masa kini? adakah semua masyarakat kita "tergolong" dalam masyarakat yang dipaparkan dalam filem tersebut? mampukah adegan tersebut menjadi bahan iktibar dan nasihat kepada masyarakat walaupun 18 tahun ke atas??

Minda kita masih lagi di tahap rendah jika kita memikirkan hanya berkemban, berbogel, atau sebagainya. adakah norma tersebut selari dengan gelaran yang digelarkan kepada negara Malaysia (Negara Islam) walaupun ia adalah masyarakat melayu..

Sama-sama kita berfikir dan mengambil iktibar dari segala kejadian yang berlaku...

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...