pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, September 22, 2013

JOM Jadi Lelaki Ekslusif

ASSALAMMUALAIKUM

Apa kabar semua! DRC baik-baik saja. Kalau nak tahu, sekarang DRC memang sibuk. Lagi-agi semester ni banyak projek luar untuk subjek. So, memang kalau online tu banyaknyeee tulis lepas tu masuk dalam draf. Hahaha.. 

Ternanti-nanti pembaca tegar blog DRC macam CTK, Incik Haikal dan Ibah Panda nak datang komen-komen kat blog DRC ni. Kenapa ye? Blog DRC dah tak berseri macam dulu ke? HAhah

Takpelah, yang penting DRC nak post jugak entry baru. 

LELAKI EKSLUSIF
- gambar hiasan-

Sebelum meneruskan lagi ruang biacara, jom kita rungkai definisinya dulu...

EKSLUSIF : 
bermaksud sesuatu yang istimewa, terhad dan sukar didapati, didekati.
Secara konsep yang DRC nak sampaikan, adalah menjadi lelaki yang istimewa, tidak mudah didekati dan mempunyai ciri-ciri yang lain dari yang lain.

Darsawasa ini (ayat karangan SPM), kita lihat peratus jumlah lelaki dan perempuan sangat berbeza. Yang mana perempuan telah menjangkaui jumlah lelaki. Sehinggakan ratio lelaki dan perempuan 1:3. Ini berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dibuat dalam universiti. 

Dalam ketandusan lelaki diluar sana, DRC sendiri menyarankan diri DRC dan pembaca lelaki khususnya untuk menjadi lelaki yang EKSLUSIF. 
Antara ciri-ciri yang DRC gariskan sebagai Lelaki Ekslusif :

1. Mempunyai pencapaian akademik dan sahsiah yang tinggi
Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi ketua dalam keluarga, seharusnya kecerdikan dan mempunyai skill akademi yang baik serta sahsiah yang terpuji. Akademik diukur bukan sahaja dari sudut taraf pendidikan samada Ijazah, atau Master tetapi dari sudut pengamalan ilmu yang dituntut. Kalau amik Ijazah Pengurusan tapi tak terurus pun teruk jugak kan... 
Sahsiah pula diukur melalui adab dan tatsusila seorang lelaki itu. Bijak mengatur kata bukannya menjadi keutamaan akan tetapi melakukan apa yang dikata. Sahsiah juga berkaitan dengan akhlak. Dari sudut seseorang dengan Tuhannya, tidak tinggal solat dan melakukan perkara-perkara yang baik selari dengan agama.

2. Jauh dari perkara yang sia-sia
Perkara ini DRC sendiri susah nak bendung. Kadang-kadang sampai terleka. Melakukan perkara yang sia-sia adalah menjadi kesukaan kita kan? lebih-lebih lagi bila tak ada kerja. Hahaha. Ok, maksud DRC perkara yang sia-sia seperti menangis kerana seseorang. Ditinggalkan kekasih atau bergaduh dengan kekasih sehingga menjadikan ia sebagai sesuatu yang sia-sia.
Kalaupun kita mempunyai masalah dengan orang tersayang, janganlah sampai mengabaikan diri sendiri. Tak makan, tak pergi kelas, tak nak buat apa-apa yg menjadi kerja hakiki kita. Inilah yang dinamakan perkara yang sia-sia. So, jauh.. SYuhhhh.. Syuhh...!

3. Lari dari alam percintaan yang penuh sandiwara
Lelaki yang ekslusif adalah lelaki yang hanya pernah dan akan mencintai wanita itu seorang sahaja. Dalam erti kata lain, kalau dia bercinta, dia akan setia. Kalau dia berkasih dia takkan berpaling. Dan insan yang dia cintai itu adalah orang yang akan menjadi suri hatinya. Rasanya ramai wanita yang nak lelaki itu menjadi miliknya pertama dan terakhir kan? Itulah ekslusif untuk dirinya sahaja. Jadi, lari dari alam percintaan yang main-main dan monyet. Hehehe... Kalau tak nak bercinta, pastikan wanita yang dicintai itu menjadi isteri. 

4. Sukar didekati tetapi senang didampingi
Ini paling susah nak buat sebenarnya. Menjadikan diri lelaki yang sukar untuk didekati oleh wanita yang bukan mahram memang susah. Sebabnya ramai wanita yang tergedik nak dekat dengan lelaki. apatah lagi yang macho dan bergaya. Ada juga lelaki yang tak boleh kawal ikhtilat. So, sama-samalah kena berjaga. Dalam pergaulan memang ada batasnya. Biar kita susah untuk didekati tetapi bila kita dah kenal, kita akan rasa seseorang itu sebenarnya senang untuk kita dampingi kerana keperibadiannya. 

Ciri-ciri LELAKI EKSLUSIF ini sekadar pandangan mata kasar DRC untuk muhasabah diri dan berhajat untuk menjadi lelaki yang eksklusif hanya untuk isteri. Hahahahaa.. (gelak besar)

Contoh yang terbaik untuk kita jadikan ikon dalam lelaki ekslusif adalah Nabi Muhammad SAW. Bagaimana baginda membentuk perwatakkan baginda sehingga baginda dihormati dan disenangi oleh para sahabat dan rakyat. Bagaimana Khadijah terpikat dengan keperibadian baginda sehingga mahu menjadikan Rasulullah SAW sebagai suami. Inilah yang seharusnya kita contohi dan kita teladani untuk menjadi seorang lelaki dambaan wanita dan pujaan  bidadari syurga. 

DRC psssttt : Susahkan nak jadi lelaki yang betul-betul eksklusif. DRC pun terkial. Cakap je pandai, tapi adakalanya rebah juga. Itulah perlunya kesedaran. Kepada lelaki-lelaki, DRC sarankan untuk kita menjadi Lelaki Ekslusif dambaan wanita dan pujaan bidadari syurga. Barulah untung dunia dan akhirat.. :D


6 comments:

Mizz Aiza said...

di zaman sekarang susah betul nak jumpa lelaki ekslusif yang memenuhi ciri-ciri seperti di atas.. wanita ekslusif pun susah nak jumpa.. setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.. setiap hari harus memperbaiki kualiti sendiri agar jadi lebih ekslusif.. kata-kata itu untuk diri akak juga..

Cik Tetra said...

Lelaki Ekslusif? susah nak jumpa sekarang. point yang DRC bagi tu mmg ade betulnya. Tapi itulah. susah betul nak jumpa lelaki ekslusif sekarang.

Eyqa Hasnan said...

Lelaki ekslusif ? Menarik ! Tapi susah sangat laa zaman sekarang nak jumpa lelaki ekslusif . Apatah lagi perempuan ekslusif :) By the way , nice entry !

Miza Lee said...

untung la happy.. :)

Hafiz Hafizol said...

Org yang taip entri nie mesti Lelaki Ekskusif gila kan? Sebab dia pandai karang entri mcm nie dari kacamata dia.

Unknown said...

ekslusif?ehehe no komen lah...ehe :)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...