pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Tuesday, April 9, 2013

REVIEW FILEM | Dua Kalimah

ASSALAMMUALAIKUM

Dah lama DRC tak buat review filem...
Kali ni DRC nak buat review untuk filem terbaru dari Metro Wealth iaitu DUA KALIMAH


Filem ini berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Sam dan Nora Danish yg mana Sam menipu ayahnya tentang pengajiannya di Mesir.. Rupanya Sam tidak habis belajar di Mesir dan pindah ke Australia hinggalah berjumpa dengan Nora Danish. Mereka bercinta melebihi batas pergaulan sehingga Nora Danish disahkan mengandung. Yana pula adalah bekas kekasih Sam di kampung. Dia masih tidak berkahwin kerana Sam pernah berkata, dia akan jadikan Yana tanggungjawabnya bila dah pulang ke Malaysia.. 
Ketika perjalanan pulang ke kampung Sam dan Nora ditimpa pelbagai peristiwa pelik tentang kematian ketiga-tiga mayat yang diuruskan menerima azab yang sangat dahsyat.. Orang kata Allah tunjukkan musibah secara 'cash'..!

Secara keseluruhan DRC tengok filem ini seakan kompilasi drama Tanah Kubur di Astro Oasis kerana terdapat 3 jenazah yang diuruskan dengan pelbagai azab. 
Tapi ia memberi pengajaran kepada Nora yang mula sedar dengan kekhilafan dirinya..

DRC listkan beberapa pendapat DRC tentang filem ini :
1. Filem Dua Kalimah ini mungkin terlalu perlahan plotnya sehingga ada penonton yang mula bosan dengan scene-scene yang terlalu meleret..
2. Agak kurang logik apabila pemandu teksi boleh tercampak keluar dari kereta sedangkan pintu kereta tertutup rapat. Tercampak ke atas, dan keluar dari tingkap. DRC seakan tidak percaya dengan kejadian tu. 
3. Kurang penekanan terhadap tajuk filem iaitu 'Dua Kalimah' yang mana ia hanya disentuh pada pengakhiran filem sahaja. Mungkin lebih cantik ditekankan sewaktu Nora Danish mula untuk mendalami Islam sebenar.
4. Pengarah tidak memberikan perleraian tentang misteri Pak Daud dengan isterinya dan Kampung Cahaya. Sehingga habis filem, tidak diceritakan langsung adakah Pak Daud bunian atau manusia betul. Hanya menjadi persoalan apabila Sam bertanya kepada adiknya tentang Kampung Cahaya.

5. Filem penuh dengan emosi dan mesej yang sangat bagus. DRC pun menangis bila tengok filem tu sebab teringatkan peristiwa kematian orang tersayang. 
6. Pengarah boleh menekankan bahawa kepentingan dua kalimah syahadah itu. Mungkin kita boleh faham dengan mudah.
7. Secara keseluruhan, filem Dua Kalimah memang memberi pengajaran yang sangat berguna dan kesan yang mendalam kepada kita. Memang tak sangka dalam panggung wayang ada hadis yang dibaca, ada ayat al-Quran yg diterjemah dan ia mungkin cara dakwah kepada penonton.

DRC bagi 4 bintang untuk Dua Kalimah..

Andai dua kalimah itu adalah sebuah ikatan janji, maka tepatilah. 
Andai dua kalimah itu sekadar sebuah kata, fikirlah untuk samada kita membiarkan ia hanya sebagai kata-kata....
DRC pssstt : Dalam demam-demam pun DRC sempat nak update blog.. Kawan-kawan, Doakan DRC cepat sembuh ye.. :D

1 comment:

TehaaNFM said...

Get well soon, hr tu jumpa DRC kat klinik ishak.. nk tgur, tp nmpk sgt xlarat . Tu xtgur :)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...