pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Monday, April 1, 2013

Kini Blog DRC Berwajah Baru!!

Wahhh.... Blog DRC dah berwajah baru..!! Cantik tak??? 

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulillah, April 2013 menjadikan blog DRC kini berwajah baru sempena ulang tahun yang kelima selepas penubuhannya pada 2009.
DRC panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dan peluang kepada DRC untuk berkongsi rasa dan cerita bersama orang lain dalam blog DRC..
DRC pun bersyukur ada kawan-kawan blogger yang support DRC untuk teruskan berblogging..
Kalau tidak, DRC memang dah give-up dah.. Kemalasan nak menaip dah semakin membara..

Kali ni DRC nak gunakan template yang simple tetapi menarik. Kalau yang lepas DRC gunakan elemen Biru terkois + Merah, kali ni DRC kekalkan warna tersebut akan tetapi DRC tambah dan lebihkan elemen putih, supaya blog nampak lagi luas tanpa sebarang warna lain yang dominan.

Untuk header pula, DRC guna header yang baru, DRC tambahkan semua media sosial yang DRC ada untuk kawan-kawan like, follow atau berinteraksi dgn DRC lebih lagi daripada dalam blog. 

Kalau dalam bentuk PNG, inilah jadinya.. kekeh..

Selain daripada header dan background baru, DRC akan cuba tambahkan trafik dgn iklan yang ada. Hehehee.. Kadang-kadang tengok blog lain, meriah semacam jeles pun ada jugak..
InsyaAllah..

DRC juga telah menambah baik dari sudut nama blog iaitu
INTERPRETASI DERIA RASA CERIA
DRC memberi nama baru dgn penambahan perkataan 
INTERPRETASI yang membawa maksud :

"interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita; menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku; penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur; penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal."

Sumber diperoleh dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu

InsyaAllah seiring dgn kematangan 5 tahun ini, DRC akan cuba untuk menerapkan penulisan yang matang dan bernas.. Seiring dgn motto nya iaitu,
"Bermanfaat Padat Berintegriti"

InsyaAllah.. Terukan menyokong ye.. Komen lah kalau ada penambahan buah fikiran.. :)

DRC pssstttt : Terima kasih juga kepada 'silent readers' DRC... InsyaAllah sama-sama kita akan sebarkan kefahaman melalui blog..! :D

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...