ASSALAMMUALAIKUM..
Bestkan tajuk entry kali ini...
Ya, DRC mengaku bahawa, DRC Menyokong Adam Adli dan akan bersamanya walau hanya sebuah doa... InsyaAllah...
KENAPA DRC SOKONG ADAM ADLI :
1. Bila DRC tengok Adam Adli, DRC teringat kat vlogger terkenal, MatLutfi.hehehhe
(mengarut je)
2. Pendirian Adam Adli sebagai seorang mahasiswa.
3. Keberanian Adam Adli dalam menegakkan kebenaran.
4. Restu dan dorongan keluarga beliau.
5. Kekentalan Adam Adli dalam menjawab segala pertanyaan dari media.
DRC mendoakan keselamatan Adam Adli dan keluarganya dari kecaman pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Adam terhadap insiden menurunkan bendera DSN menggantikan dengan bendera Kebebasan Akademik, dan kemudian menurunkan kembali bendera Kebebasan Akademik dan menaikkan semula bendera DSN.. InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang benar. :)
Untuk hari ini punya praktikal, DRC menyertai perjumpaan guru-guru untuk membincangkan tentang pengambilan 2012 dan minggu orientasi juga menghantar surat tawaran kepada pelajar-pelajar...hehehe.. penat jugak hari ni...ermm..hehehe...
Letih,, Ustaz Syamsul masuk meeting sampai perut berkeroncong..hahha
DRC pssssttt : Okey tak kalau DRC ada bendera DRC...wahhh.. kelassss!~~hahaha... Tapi apapun, simbolik Adam Adli itu telah mendapat perhatian seluruh negara bahawa insitusi pendidikan kita dalam keadaan tenat yang sukar dilihat dengan mata kasar... Mungkin ada yang tidak menyokong Adam Adli, terpulang. Tidak salah untuk tidak menyokong dan tidak betul jika menyokong.. Semua tindakan adalah dari diri kita sendiri.. Sama ada kita perlukan perubahan secara total atau retorik dan sandiwara yang diwayangkan sahaja... Renungkan....
JOM LIKE PAGE " WE ARE ALL ADAM ADLI"
3 comments:
tak sokong mana pihak..huhu
Mana video ko yg komen youtube ttg Adam Adli? Ko dah remove eh? Nasib baik aku dah download... Dari segi tutur kata ko, nampak sgt ko ni minat kat Adam Adli and Mat Luthfi... Hihihihi... Jgn marah yer?
Aku nak mintak kebenaran nak upload video tue boleh tak?
@Tara : anda silap kot... saya bukan minat mereka, tapi cara pertuturan mereka dan gaya mereka seakan serupa.. jangan lah salah tafsir... ish3... takpe,, saya tak marah.. cumanya kenalah tanya dlu,kan..? kita belajar adab untuk berakhlak..
setiap laku kita menjadi perhatian malah Allah penonton utama...
saya dah buang video saya tu sebab perlu memperbaikinya... apapun terima kasih sebab sudi download... tapi saya tak benarkan video tu diupload semula.... harap maklum.. terima kasih atas keperihatinan.. :)
Post a Comment