Assalammualaikum semua....
Alhamdulillah... SYukur kepada Allah atas sgala nikmatNya, dapatlah Karya Terakhir dari DRC di KUIN iaitu 'Aku Tak Islam?' dipentaskan di pentas KUIN.
Permulaan yang penuh liku dan rintangan serta cabaran DRC hadapi, alhamdulillah dapat diatasi dengan mudah dengan bantuanNya...
Sedikit sinopsis Monolog : AKU TAK ISLAM? ini DRC kongsi.....
AKU TAK ISLAM? ini mengisahkan beberapa kelompok manusia (Islam) yang mengamalkan cara hidup yang kian lari dari syariat Islam iaitu, hedonisme terlampau, ahli politik kotor, perempuan yang suka mengumpat, perempuan yang taksub bomoh, dan playboy(COUPLE)/pornografi. Mereka melakukan kekhilafan ini tetapi dalam masa yang sama, mereka turut mengamalkan ajaran Islam seperti solat, berpuasa dan sebagainya. Persoalan yang DRC bangkitkan adalah nilai KeIslaman individu tersebut dalam diri mereka. Sedangkan mereka mengaku mereka Islam tetapi cara hidup yang ternyata bertentangan dengan Islam...
Ok... itu sedikit sinopsisnya.. sekarang ni, DRC cerita tentang ketika perjalanan pementasan berlangsung.....
Memang sedikit tekanan DRC alami pada malam itu.. dengan pelbagai tekanan dari pelbagai pihak dan ini pula pementasan terakhir DRC yang perlu DRC tonjolkan nilai dan persoalan yang dibawakan kerana tema yang DRC angkat sunggggguuuhhh bahaya dan berat!!
Apapun berkat doa sahabat-sahabat dan keluarga, DRC kuat untuk membawa tema ini juga. Selepas pementasan, DRC pergi berjumpa dengan audiance yang DRC kenali dan rapat bertanyakan tentang respon mereka dan komen... Ada yang menyatakan isu yg DRC bawa sgt bahaya, dari segi penyampaian yang terlalu 'direct'. dan banyak lagi komentar yang membina.
APapun, DRC mengucapkan Ribuaaaann terimaa kasih kepada SEmUUUAAAA yang terlibat secara langsung atau tak langsung sepanjang pementasan Monolog : AKU TAK ISLAM? ini... Segala jasa baik dan tunjuk ajar dari kalian tak mampu dibalas dengan kata-kata melainkan doa yang dipanjat kepada Illahi sebagai wakil diri yang kerdil....
No comments:
Post a Comment