Firts sekali bila DRC baca statement 'Pengajuan Fida Isu Peluk .....' ni memang terkezuuutt... Astagfirullah..... tmbah2 bulan puasa ni... jom kita baca apakah pengakuan Fida dalam sebuah akhbar tabloid:
“Pertama sekali, Fida ingin meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan. Ketika itu babak kami dihalau dari wad dan ia babak yang sangat sedih.
“Mungkin kerana terlalu menjiwai, Iqram secara tidak sengaja tertarik Fida dan jika dilihat dari mata kasar memang nampak seperti kami berpelukan, namun pada hakikatnya tidak. Tapi bila perkara-perkara sebegini berlaku, Fida sebagai pelakon perlu bersedia menghadapi semua ini,” jelas anak kelahiran Kuala Lumpuri itu yang mengatakan semua ini dipelajari dari kesilapan lalu.
Tambah Fida, pengalaman sebelum ini telah memberi kesedaran buat dia untuk menghormati dan mendengar arahan ‘cut’ dari pengarah. Katanya, sebagai orang baharu yang hanya berbekalkan pengalaman dua tahun dalam industri lakonan, siapalah dirinya untuk mendahului pengarah.
Cerita gadis itu lagi, pernah beberapa kali sebelum ini memberhentikan babak yang dilakonkan kerana dirasakan tidak sesuai dengan dirinya. Namun, insiden itu telah menyebabkan dirinya ditegur beberapa kali dan pernah juga dimarahi.
Menjelaskan apa yang berlaku, cerita Fida sebenarnya dia menggunakan tekniknya tersendiri untuk melakonkan babak tersebut. Apa yang dilihat mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku. Jelas Fida, Iqram ketika itu tidak memeluknya erat.
“Apa yang boleh Fida lakukan ialah Fida gunakan teknik sendiri. Jika perasan, Fida meletakkan tangan kiri di bahagian hadapan badan dan Iqram hanya meletakkan tangannya ke bahu Fida. Fida terkejut sebenarnya dengan tindakan Iqram namun Fida tidak boleh berbuat apa-apa.
“Perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja dan sebagai pelakon baharu, Fida perlu ikut apa yang dimahukan pengarah, namun perkara tersebut berlaku dengan cepat kerana apabila kita melakonkan sesuatu babak terutamanya yang bermain dengan emosi, kadangkala ia terlepas,” jelas Fida mengenai babak yang menjadi kontroversi itu.
Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.
Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat.
“Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar.
“Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mtak engaibkan orang lain,” ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya.
DRC psssstttt :
1) sengaja atau tak sengaja, sama2lah kita istigfar banyak2 atas dosa yg sengaja kita buat tu....
2) kasar atau tak kasar, sama2lah kita tak perlu ulangi walaupun secara halus dosa kita tu....
3) kisah atau tak kisah, kalau dah nama BUKAN MUHRIM tak usahlah dekatinya.. kan dah jd bahan fitnah...
4) selagi hukum Allah itu HARAM tiada cara yang boleh menghalakannya.. jika bersalaman dengan BUKAN MUHRIM itu akan menjadikan suatu keaiban, baik kita jaga aib kita yang terang2 membawa imej ISLAM...
5) Peluklah insan yang tersayang dengan lesen Halal..... PERINGATAN BUAT SEMUA bukan sahaja yang bertudung litup, tulip, sanggui atasss tinggi, tak bersanggui dan SEMUUAAAA.....!
Jom Istigfar~~~~
No comments:
Post a Comment