Ayah,
kau wira perkasa
bila insan peneman mu tiada
kau tabah hadapi segala
Ayah,
pernah kubenci padamu
tapi tidak lama
kerana aku sedar
kegigihanmu
Ayah,
terbiasa untuk aku dimarahi
resah bila tiada teguran menyapa
takut silap langkahku
terlepas dari pandanganmu
Ayah,
sejak azanmu berkumandang di kupingku
aku menuruti katamu
walau pernah aku tersinggung
walau pernah aku terlangkau
tapi aku mengerti dari azanmu hingga kini
semua katamu adalah berkat.
SELAMAT HARI BAPA
dan
SELAMAT ULANG TAHUN KE-51
No comments:
Post a Comment