pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, June 9, 2011

Review Filem : KL Gangster

Assalammualaikum semua.... huwaaaaa...!!
Korang dah tengok ke cerita ni?? ermm... DRC ada orang belanja tadi, tu yang tengok... asalnya tak minat tapi bila da tengok memang sangaaaaat menghampakan.


secara keseluruhan, DRC bagi 2 daripada 5 bintang. 
EH! KENAPA SIKIT SANGAT???


secara keseluruhan, DRC boleh tengok filem ni tak boleh 'hidup' tanpa Zizan Raja Lawak. malah setiap 10 minit ada saja adegan gaduh diantara kumpulan kongsi gelap.... nampak macam tak ada modal lain la pulak...


Tambahan pula, Aaron Aziz adalah wakatk utama dalam filem ini akan tetapi dia ditenggelami dengan watak Samsul Yusof sebagai Shark... Shark mendominasi watak dan dialog daripada watak Malek (Aaron Aziz). Shark terlalu control macho. Ya! sperti filem-filem SY sebelum ini, beliau menampakkan dirinya superhero sedangkan dia bukanlah watak utama. Jadi, tiada kelainan dalam filem ini walaupun arahannya sendiri.


Ady Putra yang merupakan adik kepada Malek ini pula suka menghisap roko tanpa asap! huhuuhu... kalau tak ada asap tak payah la letak batang rokok tu kat mulut.. jadi lawak pulak tengok. 


Filem ini seakan-akan tidak tahu undang-undang di negara Malaysia. mengapa tidak di tonjolkan kejituan Polis Diraja Malaysia? barulah adaya moral yang diserapkan. ini tidak, hanya shoot dalam penjara, kereta polis itu pun bunyi seren dan lampu. tidak ada polis yang mampu menangkap kumpulan kongsi gelap ke? ataupun ini realitinya???


Diakhirnya, Aaron Aziz kembali bersama kumpulan kongsi gelap walaupun dia berjanji dengan ibunya untuk berubah dan cuci tangan. Persoalannya, kenapa Malek tidak menggunakan khidmat undang-undang dan polis untuk mempertahankan keluarganya dan menebus kembali dendam atas kematian Zizan? Mengapa mesti membalas dendam dengan tangannya sendiri sedangkan dia dah berjanji... Lagi cantik kalau watak Malek bersama dengan pihak polis untuk membanteras gejala kongsi gelap ini.. Barulah masyarakat sedar, perlunya kerjasama dalam menangani masalah ini...


Apapun 2 per 5 Bintang je la yang mampu DRC bagi........ Tahniah la pada SY atas kejayaannya...


pssstttt ::: DRC jadi pelik, selepas filem Kongsi (Farid Kamil), ada pulak cerita KL Gangster (Samsul Yusof)... Ada apa-apa ker...??heueheuheeuh

3 comments:

OnLineGangster said...

Bodoh la lu.. dah nama pun cerita.. cerita pasal gangster.. mesti la jalan cerita dia pasal gangster je.. kalau ada 10 orang macam lu dalam industri seni.. alamat tak kemana la filem kita.. bila cite hongkong atau orang putih buat macam ni tak ada aku tengok pengkritik filem dia cakap kenapa polis tak datang masa dia tengah bergaduh ke ape ke.. sebab jalan cerita tu nak bagi sedap la bodoh..kalau semua nak ikut realiti... payah la.. kenapa lu tak komen pasal cerita hantu... boleh la lu komen kenapa hantu tu muka dia tak macam lu... sial la.. puihh..

DRC said...

wah3x... plak didahulukan dgn bodoh kn..?? bgus la.. papun ni opinion ak,, suke ati ak la kan.. aku takde la kondem sgt filem ni... ak download tgok byk2 kali mmg ptot pada ak bg 2 bintang.. tu pun ok what.. dripada ak bg 1.5... atleast ada crita melayu mcm ni,, cuma angkatlah sikit martabat moral org kita.. BAHASA JIWA BANGSA...

Gengster Jugak said...

haha.. lu sendiri pun marah bila kena kritik.. macam sial la lu.. ptuihh.. kalau tak nak kena kritik tak payah buat blog..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...