pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, June 2, 2011

Review : Drama Asmara 2 di TV3

Assalammualaikum semua....

Pasti anda dah tengok episod akhir Asmara 2 kan...

Puas hati..?? apa yang anda fikirkan? ada asmara ke 3?? huhu... DRC pun rasa macam tu... mesti ada Asmara3.. dan persoalan utama untuk Asmara 3 adalah kehidupan Adam selepas ini.

DRC menonton episod akhir Asmara 2. dan di bahagian akhir episod yang sangat membuatkan DRC pun turut terasa emosinya.. Pengorbanan Zalia dan Asmara amat membuatkan kita sebagai penonton sebak. Demi membahagiakan orang lain, kebahagiaan sendiri dipergadaikan.

Pada DRC, kalau Melati tahu Suhana = Zalia yang sebenar, pasti Melati akan risau kerana kedudukan kebahagiaannya mungkin akan tergugat. Asmara pula akan sentiasa di sisi Adam dan Zalia. Itu merisaukan Melati.

DRC ingat lagi ayat yang dikeluarkan oleh Zalia bahawa "dulu saya tak nak awak, sekarang Allah dah makbulakan saya takkan bersama awak" (lebih kurang lah ayatnya).. Itulah kuasa doa... DRC memang ambil iktibar daripadanya. Setiap apa yang kita luahkan, adalah doa. dan setiap niat kita pasti Yang Maha
Mengetahui.

Musim cuti semester membuatkan DRC sendiri menyelidik drama Melayu tempatan. dari segi perjalanan, plot, skrip, arahan dan sebagainya. untuk memantapkan lagi mutu penulisan dan pemikiran DRC.

Apapun, kalaulah ada Asmara 3. Pasti DRC tetap akan melekat di kaca TV setiap Selasa...hihiii

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...