Ada seseorang berpesan pada DRC ;
"orang-orang yang membantu agama Allah, maka Allah pasti akan membantunya dalam urusan-urusan dunia. "
Mulanya DRC kurang yakin dengan kata-katanya itu, akan tetapi kini DRC yakin Allah itu Maha Membantu....
Kerana ia telah terjadi kepada DRC sendiri, dan nikmatnya tak terhingga.... sangat2 mengharukan..
JOM FLASHBACK......!!
pada minggu lepas, Jumaat dan Sabtu,,, DRC sebenarnya mempunyai 2 lagi kertas peperiksaan akhir yang perlu diduduki. dalam pada yang sama DRC juga diperlukan di dalam program Keindahan BersamaMu (KBM) macam dalam post sebelum ni...
berat hati untuk meninggalkan KBM tersebut, DRC mengambil keputusan untuk 'rushing' antara exam dan KBM. pagi jumaat ada paper 'biz.com' malam tu pula 'bahasa arab'. DRC amek keputusan untuk pergi ke KBM lepas jumaat. dan hikmah Allah berikan kepada DRC sangat nyata. perjalanan DRC dipermudahkan sepanjang ke sekolah tersebut....
petang itu pula dapatlah membantu sedikit meringankan beban yang dihadapi, sambil itu, DRC membaca nota bahasa arab untuk peperiksaan malam nanti...
selepas magrib je DRC terus bergegas ke dewan exam.. nasib baiklah tak lewat. alhamdulillah,,, soalan-soalan mudah dijawab dan habis je jwab,, semak 2-3 kali, DRC terus keluar dewan dan bergegas kembali ke sekolah utk KBM.
progam malam tu mcm biasa...
habis je progam, memang letih... dan tersangat letih lantaran kekurangan fasilitator lelaki. sebelum ini, DRC ada janji dengan kawan utk cari rumah sewa sempena semester depan. al-maklumlah kuliyah kena pindah.. petang tu jugak DRC dgn sahabat ni pergi cari rumah sewa. sahabt ni dah 2 minggu cari rumah sewa area2 tu,, tapi tapu tak jumpa..
Alhamdulillah, petang tu, kmi dapat rumah sewa dengan harga yang berpatutan! ya Allah,, terima kasih.... memang dahsyat sangat nikmat yang Allah bagi... sahabat DRC tu hanya tersenyum dan gelak tak henti. ye lah., dah 2 minggu dia cari tak jumpa. tapi bila DRC ikut je cari, terus dapat. hanya SEKALI saja....
Bukan nak riak atau takkabbur... tetapi inilah Nikmat yang Allah dah janji pada kita bahawa Dia akan menolong hambaNya, yang menolongNya...
Lantas,, sama-samalah kita terus membantu ke jalan Allah.... biar pengorbanan kita dibalas dengan nikmat yang tak terhingga manisnya.......
sama-samalah kita lafazkan....
ALHAMDULILLAH......
No comments:
Post a Comment