pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Saturday, May 14, 2011

Profile IM2 Mujahid





IM Mujahid adalah peserta realiti program tv 'Imam Muda' musim ke 2 di Astro Oasis. Beliau berusia 20 tahun dan berasal dari Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. IM Mujahid adalah antara peserta termuda pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih menuntut. 

Beliau adalah bekas penuntut di Sekolah Rendah Woodlands dan Sekolah Menengah Riverside, Singapura. Kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraati (MTDQ) di Repek, Pasir Mas, Kelantan, dan sekarang bergelar al-hafiz. Beliau kemudian mengambil peperiksaan STAM di Maahad Pontian, Johor Bahru & sekarang menunggu kemasukkan ke universiti. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan merupakan anak kepada ustaz Suhaimi Mustar, executive chairman Masjid Assyakirin, Singapura.

Semasa sedang menuntut di Maahad Tahfiz Darul Quran di Pasir Mas, Kelantan, beliau pernah mengimamkan solat terawih di surau-surau & masjid-masjid di serata Malaysia termasuk surau Al-Syakirin, Taman Puchong Utama, Malaysia. Beliau juga pernah ditugaskan mengimamkan solat terawih di Masjid Assyakirin & Masjid An Nur Singapura. IM Mujahid juga merupakan guru mengaji di Singapura & pernah mengalunkan suara dgn alunan doa, zikir & selawat di masjid Assyakirin dan masjid Hang Jebat di Singapura sempena forum perdana dan majlis sambutan maulud.

IM Mujahid juga merupakan Juara Tahfiz di Singapura pada tahun 2010 yang di anjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).



No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...