pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie

Secara keseluruhan, DRC boleh bag 3.6 STAR utk NKTM... 
apapun Tahniah kepada pengarah khabir Bhatia, penulis skrip
 merangkap adinda tercintanya Mira Mustaffa,
 barisan pelakon Fizz Firuz, Tiq Zaqiah, Remy Ishak dan tak lupa si adik comel, Mia Sara...!! Setelah diamati, apa yang boleh DRC kongsikan dalam NKTM ni memang sarat dengan mesej.. mesej yang tersurat dan tersirat memang penuh dalam NKTM... seperti drama rantaiannya, NKTM tak asing lagi dengan imej islamiknya.. membawa Adam lebih matang dalam mengenal Islam dan kekecewaan 'kehilangan' oleh Aidil... Nur pula dengan kuat untuk menerima sebarang kemungkinan dalam hidup... Permulaan dengan flashback, DRC sarankan kepada kawan-kawan untuk fokus dari awal utk memahami plot ceritanya... 
Kenapa DRC bagi 3.6 STAR je..???
 apa yang DRC amati dan pendapat kawan-kawan, 
penggunaan skrip kurang berbanding aksi plot. action more than speak.. jadi, penonton perlu memahami apa yang terjadi.. contohnya, Mamat (budak nakal) tu mendaftarkan diri untuk menderma organ selepas kematiannya.. kebetulan, ketika pergaduhan besar Adam dengan Syafie,, Mamat terlibat dan cedera teruk dan menyebabkan kematian dan ketika itulah Aidil nazak dan dibawa ke hospital yang sama.. akhirnya Jantung Adam dapat diselamatkan akan tetapi Mamat yang meninggal dunia walhal doktor jangkakan Adam akan meninggal... itulah takdir Alla s.w.t...

Selain itu, DRC tengok penggunaan OST NKTM nyanyian Mila kurang kedengaran... kebanyakkan sound effect digunakan dalam menterjemahkan kesedihan, kegembiraan dan lain-lain perasaan.. Realitinya, pengarah menjadikan scence sedih serentak dengan waktu hujan... mungkin menggambarkan betapa sedihnya hati insan lain...

Apapun yang DRC komen tentang NKTM, filemnya mendapat tempat di hati peminat filem tempatan... Sama-sama kita berdoa untuk mengambil iktibar dari filem ni... dari pengarah, krew, pelakon dan penonton menjadikan 'isi' filem ini sebgai wadah untuk tarbiah diri....
                                                         

2 comments:

Anonymous said...

wah, bestnye dh tgk nur kasih ye...

DRC said...

hehee... best2..... da tgok blom>???

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...