Dalam al-Quran ada mengkhabarkan :
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)
Sebagai hamba Allah, kita tidak lari daripada ditimpa pelbagai dugaan dan musibah. Jika ada orang mengeluh "kenapa ada masalah kat dunia ini??!". Ayuh jika kita salah seorang daripada mereka, sama-sama kita renung kembali sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Baginda lebih dahsyat dugaan dari kita akan tetapi pernahkah Baginda mengeluh? Apatah lagi berputus asa? Itu Rasulullah yang dijanjikan syurga ditimpa dugaan yang besar dan hebat, kita? tak dijamin lagi oleh Allah, baru sedikit dugaan sudah mengeluh. Ayuh, DRC dan sahabat-sahabat kita panjatkan kesyukuran kerana nikmat dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah sebagai pemangkin untuk kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya...insyaAllah...
Kadang-kadang kita tak mampu untuk berhadapan dengan masalah dan dugaan yang menimpa. sehinggakan kita tidak memiliki kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk berhadapan dengan dugaan apatah lagi untuk mengatasinya..
Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya:
“ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”
.
– Hadith riwayat Muslim
Jadi, sebagai hambNya, kita harus redha dengan ketentuan yang telah diberikan kerana disebaliknya itu pasti ada hikmahnya yang akan menjadi madu untuk kita setelah hempedu ditelan..
SABAR... itulah jalan yang terbaik untuk menghadapi dugaan. DRC sendiri pernah lalui kehidupan yang mencabar. akan tetapi sabar itu peneman kita. malah sabar itu indah.! percayalah. bagaimana kuatnya Rasulullah menghadapi cabaran dan dugaan dan bersabar dengan karenah manusia lain, pasti ada sesuatu yang manis buat kita seperti Baginda juga.
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)
Sahabat-sahabat, dunia takkan indah jika tiada masalah dan dugaan. Untuk apa Allah s.w.t ciptakan akal kepada manusia bukan kerana untuk berfikir dan menyelesaikan masalah? Untuk apa Allah s.w.t ciptakan ilmu bukan kerana untuk kita menyelami dan menggunakannya bila masalah membelenggu? Semua pancaindera kita harus bergading bahu dengan akal dan ilmu serta iman dalam menyelesaikan masalah dan dugaan.
Kesabaran yang disertai oleh penyelesaian itulah kunci dugaan mampu dileraikan, masalah dapat ditangani. Sabar itu separuh dari iman,kan? jadi kita perlulah menghadapi dugaan itu dengan sabar dan tenang. Bukan mudah untuk Allah memberi kita ujian dan dugaan. jadi hadapilah dugaan itu dengan tenang dan sabar kerana disitulah kunci iman kita akan terlihat.
Akhir sekali, sama-samalah kita hentikan mengeluh tatkala dugaan menerpa. Sabar, tenang dan yakin bahawa pasti ada ganjaran menanti kita suatu hari nanti.. Ingatlah, Allah s.w.t itu pasti mengotakan janjiNya...
No comments:
Post a Comment