Assalammualaikum… Salam mahabbah… salam full of love..! huwaa..!!
Dalam masa nak study menhadap buku dan nota pun sempat aje nk komen2…hehhee…. Story pasal kawen pulak tu! Aiyooo!! Udah-udah le tu pak jabik..! ape kome gatai benor nak ngawen ni..! cepat2 la masok minang si anok dare.
Haduiih! Banyak citer pasal kawen je kan DRC ni… lepas satu… dua… lepas dua..tiga… lepas tiga…empat..! cukup kouta!opss~~
Ok lah.. ni DRC nak citer bab kawen muda atau kawen pada umur yg sangat muda. Parah ni.. bala ni bala!!huhu~~
Kawen muda iaitu kawen pada usia muda samada 20-an ataupun belasan-an. Eh! Ada la.. ada kawan2 kita yg kawen dalam umur belasan tahun tau. Kalau jaman dulu2, org dulu mana kisah sangat kawen umur belasan tahun, malah memang jadi 1 adat.. tapi la ni cek nk habaq, jaman dulu dgn la ni sama ka??! Laen tau dak….. kalau org zaman dulu (70-90-an) boleh kawen masa study kat IPT, kawen umur belasan, kawen umur 20-an.. memang lah sebab zaman dulu.. zaman sekarang ni, tak sama macam zaman dulu tau… nak tau apa yg lain??? Jom baca lagi…
Zaman sekarang yang penuh pancaroba dan mehnanya, memerlukan ekonomi peribadi yang sangat kukuh dan mantop! Yes!! Perlu dan sangat penting! Kalau kita di alam IPT pun da sibuk nak kawen, ingat beb, PTPTN tunggu atas pelamin! PTPTN tunggu masa akad nikah. Apatah lagi jika pasangan kita pun berPTPTN. Kalau mereka yg x amalkan PTPTN xpe la.. tapi berwaspada!! Isu dan kes pengangguran siswazah pun tak dapat nak ditangai oleh kerajaan lagi.. masakan hgpa bleh jamin akan dapat keja lepas grad.?! Dan lepas grad tu nanti pasti laa bini dok kiri, anak dok sebalah kanan…. Aiyooo!!
DRC bukan nak mematahkan semangat mereka yg nak berkahwin pada alam pengajian tinggi kat U atau kolej, tapi kita perlu berfikir panjaaaaaaaaaaaang ke hadapan malah kasi tembus dinding pun tak pe… fikirlah kehidupan kita bukan sekadar ‘lepas kahwin, tau la nak hidup macam mana…’ ayat ni DRC dpt dari perkongsian bersama pensyarah DRC. Memang dahsyat ayatnya… kalau lepas kawen x bleh nak hidup mcm mana…??
Zaman sekarang ni bukan je ekonomi tapi ilmu pun kena ambil peduli utk membina sebuah keluarga. Apa gunanya ilmu ni? Utk membina tamadun bangsa, bangsa itu perlulah berilmu. Utk membina keluarga, ahli keluarga terutama ketua keluarga perlu berilmu.! Ilmu bukan saja dari ijazah, tapi ilmu kepimpinan dlm rumah tgga. Haaa…. Bab ni memang ramai yg suka dan cepat tangkap kan?? Kadang2 tak perlu pertikai memang da masak dengan syarat2 berumah tangga…hehe… ilmu utk memotivasikan sesame pasangan. Realiti hari ini, muda-mudi majoritinya mahukan suaranya didengar. Jika semua suara nak dengar, suara suami didengar? Suara isteri dengar? Kalu 2-2 da bersuara.! Pinggan melayang~~
Pasal ilmu jugak, kalupun berkahwin semasa di alam pengajian IPT, realiti! Perempuan lebih ramai dari lelaki. Ada juga perempuan lebih bijak dari lelaki. Apa nak buat kalu pointer si laki rendah bbanding pointer si isteri? Tak ke maruah si lelaki tercalar. Apa pulak kata orang keliling nanti. Itu satu hal. Di alam pekerjaan pula, si perempuan lebih besar gajinya daripada lelaki. Pasti adanya ‘gab’ utk kekal bersama.
Yg ke-3, ekonomi Negara! Ya! Ekonomi Negara juga mempengaruhi rumah tangga. Ok. Cuba kita tengok, orang dulu yang kawen muda2, Nasi Lemak RM0.50 dapat dua. Cukuplah untuk 2 orang makan… tapi sekarang ni, RM0.50 separuh Nasi Lemak pun tak mungkin! Apatah lagi untuk 2 orang makan… inflasi… INFLASI… inflasi… INFLASI… itu yg menjadi penyebab mengapa kahwin muda dulu dan sekarang berbeza. Mesti ada yang kata “Memanglah… Dulu gaji kecik, la ni gaji besaq…” ha.. ni nak habaq ni.. bukan stakat harga makanan, harga petrol (harga yang menentukan harga barangan) pun bukan mcm dulu.. kereta gerak bukan pakai air = petrol, bayaran bulanan, parking, maintenance. Kalau rumah sewa = bayaran sewa rumah, bil overhead, belanja isi dalam umah, tak masuk lagi perabut yang beli secara ansuran! Macam2 woooo……
Akhir sekali, DRC bukanlah seorang yang anti kepada mereka yang berkahwin awal.. tidak salah sekiranya ekonomi peribadi anda, anda sendiri yang bijak mengawalnya! Bahaya! Jika kahwin pun hutang, maksudnya bini kita hutang, anak pun nanti hutang.. nauzubillah… hukum berkahwin kerana wajib itu untuk mereka yang benar2 mampu.. bukan sekadar batin tetapi mampu zahiriah utk kini dan esok malah selamanya.
Buanglah sikap, “lepas ni boleh cari keja..” “lepas ni pandai-pandailah hidup”. ELAKKAN!!! Kerana kita hidup hari ini untuk hari esok yang tak pasti.! Jangan tunggu hari esok baru kita mulakan kehidupan. Seseungguhnya DRC bukan menolak jodoh muda.. tapi jika masih boleh dikawal dan dilawan nafsu itu, kita sama-sama cuba yerk…
Tahniah kepada mereka yang sudah berumah tangga….
No comments:
Post a Comment