pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, January 13, 2011

MB gembira, Pelajar KUIN Bersuara!


hahaa... kalo perasan yg dok depan pndang belakng tulah DRC!
ALOR SETAR, 12 Januari – “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka”.
Itulah penjelasan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan secara aman yang dilakukan oleh 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini semalam.
Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil.
“Saya tahu kebocoran berlaku di sana sini kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi di mana perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur di KUIN diambil daripada wang pembayaran pengurusan penuntut KUIN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini.
Menteri Besar menegaskan, penuntut-penuntut KUIN adalah terdiri daripada penuntut yang paling hebat dan beliau turut meminta pihak KUIN menyemak semula yuran yang dikenakan ke atas penuntut KUIN.
“Setiap seorang penuntut KUIN turut menerima elaun poket sebanyak RM1,150 dan satu semester, mereka menerima sebanyak RM1,000,” ujarnya.
Semalam, lebih 2,000 penuntut KUIN di sini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pentadbiran kolej yang dimiliki Kerajaan Negeri menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan pelajar.
Demonstrasi bersempena Himpunan Mega Mahasiswa itu diadakan bagi menuntut pelbagai isu berkaitan yang dikatakan menghimpit penuntut sebelum ini.
Perhimpunan itu dihadiri Rektor KUIN, Dato’ Dr. Jamil Osman dan Timbalan Rektor KUIN, Prof. Dr. Zakaria Man.
Terakhir Dikemaskini (Rabu, 12 Januari 2011 16:36)

ambil dari sumber lain,.

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...