Kata pepatah, kerana mulut badan binasa. itu adalah perkara yang harus dititik beratkan oleh semua pihak. kerana menjaga bicara adalah satu daripada nikmat yang harus diteladani oleh sesiapa saja. kerana mulut, kita semua oleh sengsara..
kisah ini terjadi apabila terduduk dengan seorang yang pembawa mulut yang sangat hebat sewaktu malam tadi.dahsyat benar cerita panas yang dibawanya, malah mengalahkan 'mami jarum' tapi ini lebih daripada mami jarum, boleh dipanggil juga "papa cangkul",.,haha... nmapak macam kita pulak yang mengata pasal dia... entahlah.... apabila buah mulut manusia menjadi ikutan dan teladan, tanpa usul periksa, beginilah jadinya.. perkara yang tidak sattle masih membelenggu fikiran malah terngiyang-ngiyang suara merdunya bermain di kuping...
terkadang, bila kita cuba mengkritik "mami jarum atau Papa cangkul", kita sendiri terasa bahawa mulut kita juga lebih kurang dengan mereka walaupun kritikan kita melalui penulisan atau pena..
Maka itu adalah salah satu faktor yang harus kita cuba elakkan supaya tidak terasa apa-apa saja yang masih membuatkan orang tidak senang dengan mulut kita.
Lebih mudah dan praktikal, kita diam. dan diam itu bukan bermakna kita mengiyakan atau menidakkan tetapi kita cuba tidak menyakitkan hati sesiapa. dan berkata bila hanya perlu sahaja. itu seeloknya. akan tetapi pada saya, lebih elok jika kita MENCERMIN DIRI kita sendiri supaya tidak dipertikaikan oleh orang lain.....
semoga sejahtera anda semua yang membaca..~
No comments:
Post a Comment