pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, August 22, 2010

aku syukur pada Mu...

Assalammualaikum..

berbiacara dalam kepenatan yang teramat sangat. melayan karenah migrin dan resdung. melayari Ramadhan perantauan kedua kali. menyusuri seluruh benak fikiran untuk menjalankan sebuah program realiti. namun, syukur tadahku tangan atas segala kenikmatan yang diberi.

"Menyingkap Di Sebalik Tabir......"begitulah tajuknya. sebuah program kebajikan pelajar anjuran MPM dibawah biro kebajikan. Tabir mana? tabir yang diselindungi oleh pelajar-pelajar KUIN sendiri. penyertaanku bukan permintaanku tetapi kebetulan menggantikan mentorku, Abg Fathi untuk fotografi program tersebut. juga syukur kuucapkan pada Allah atas kebetulan itu.


Aku tidak pernah sesusah mereka. aku juga tidak pernah sederita mereka. namun aku pernah merasa perit hidup. tetapi pasti mereka lebih jauh perit hidup dari aku. aku juga pernah sengsara. tapi aku pasti mereka ternyata jauh lebih sengsara dariku. Ya, Allah. syukur kupanjatkan kepadaMu atas nikmat rezeki yang ada padaku dan keluargaku..





Pengembaraan bermula di Pokok Sena. kawasan yang aku langsung tidak pernah jejaki. perjalanan kami bersama 3 buah kereta dan 1 buah van bervisikan berkongsi kegembiraan dan kesedihan menjelang lebaran.

sepanjang perjalanan, aku banyak memikir. apakah yang akan aku rasa di tempat mereka? apakah aku selesa? apakah aku turut bersimpati? apakah yang mampu aku bantu mereka? bertubi-tubi soalan bermain namun hanya ku pendam...


sampai di rumah pertama. aku terkejut! amat terkejut dengan suasana kawasan rumah tersebut. aku dimaklumkan tanah rumah tu adalah tanah wakaf. dan keadaan rumah kat situ memang sedih. rumah rapat-rapat, sempit. jalan pun xde. kalau ada kereta, memang xleh parking dpn umah.. Masya Allah...... bagaimana kalau itu rumah aku?? bagaimana jika aku dilahirkan di situ??? bagaimana aku boleh bersabar dengan kehidupan sebegini?? bagaimana aku boleh hidup disitu??????????????????

 dirumah pertama, sempat aku merakamkan kenangan bersama 2 orang nenek. yang mengingatkan aku tentang nenek aku. arwah nek sebelah ayah dan nek sbelah arwah mak. rindu sangat kat mereka. dah lama x ku jenguk. bila jumpa kesempatan bersama mereka yang seangkatan dengan mereka, aku mungkin x kan lepaskan peluang... kerana mereka juga nenek aku... rindu..... adakah anak-anak mereka merasai seperti aku? cucu2 mereka? sanggupkah anak2 dan cucu2 mereka berhari raya di tempat begini????????????????

apa yang aku ingin kongsikan, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada. walaupun kurang tapi kita mesti fikir dan ingat bahawa ada jauh lagi kurang dari kita. kalau hari ini kita rasa kitalah orang yang susah, kuta mesti ingat ada oran jauh lebih susah dari kita. wang dan harta bukanlah matlamat mereka. mereka hanya ingin hidup seperti kita. sesenang mana kita, sekaya raya mana kita semuanya itu bukan milik kita seorang. tapi milik bersama...

kemudian, kami ke rumah kedua dan seterusnya keempat. nanti aku akan coretkan kisah di tempat kedua, tiga dan empat yea.... 

nantikan sambungannya....

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...