pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Monday, May 17, 2010

MAKSUD KAD KEMATIAN??

SERING kita lihat pembacaan kad Tarot dalam meramal nasib seseorang dilakukan dalam persekitaran yang gelap dan menyeramkan. Di dalam sebuah khemah kecil dengan pencahayaan minimum, pembaca atau pentafsir kad Tarot itu pula bergaya ala Gipsi.

Gelang berloceng yang berbunyi setiap kali tangannya bergerak, muka bermekap tebal dan rambut panjang yang diikat riben atau skarf, sudah cukup untuk menegakkan bulu roma seseorang.
Realitinya, kata Jennson Yuen, 39, pembacaan kad Tarot tidak memerlukan semua elemen itu untuk menjayakannya.

"Apa yang nak diseramkan? Membaca kad Tarot bukanlah sesuatu yang melibatkan pemujaan semangat, jauh sekali agama. Ia hanya menggunakan kawalan minda individu yang mengajukan soalan," jelasnya.
Jennson sudah enam tahun membaca atau mentafsir kad Tarot sepenuh masa di sekitar Jalan Klang Lama. Beliau meninggalkan kerja berniaga kecil-kecilan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur setelah berkenalan dengan seorang guru meditasi yang mengatakan beliau memiliki deria keenam yang tajam.
"Ketika muda saya memang seorang yang memiliki rasa ingin tahu yang kuat. Saya juga gemar membaca horoskop. Jadi kata-kata guru meditasi itu menguatkan lagi perasaan ingin tahu saya.
"Dialah yang memperkenalkan saya kepada kemahiran meramal nasib kerana dia juga berkepakaran dalam pengurusan kuasa minda. Katanya saya memiliki deria keenam, memberi kelebihan kepada saya dalam perkara yang melibatkan intuisi seperti ini," ujarnya.
Cara kad Tarot dibaca, jelas Jennson, dimulakan dengan individu yang ingin nasibnya diramal mengocok sendiri set kad yang akan digunakan untuk dirinya dengan memfokuskan fikiran kepada perkara yang ingin ditanya.

"Kemudian mereka perlu mengajukan soalan kepada saya. Dinasihatkan soalan yang diajukan ialah soalan yang dapat mendatangkan jawapan dalam bentuk subjektif dan bukan antara ya atau tidak. Jika tidak, bacaan tidak akan tepat atau perincian tentang sesuatu kurang jelas.
"Sebagai contoh, jangan tanya saya jika anda patut membeli kereta idaman anda itu ataupun tidak. Sebaliknya, tanyalah apa kesannya ke atas diri anda sekiranya anda membeli kereta itu," terang anak jati Kuala Lumpur itu.

Tanya tuah
Sepanjang bekerja sebagai pentafsir kad Tarot, Jennson sudah bertemu dengan ramai pelanggan dengan pelbagai ragam.
"Pelanggan saya semuda 16 tahun sehinggalah 60 tahun. Golongan remaja, soalan mereka lazimnya tentang perhubungan. Golongan pertengahan lebih banyak bertanya tentang perhubungan dan kerjaya.
"Golongan lebih matang selalunya menggunakan kad Tarot untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang sukar hendak diselesaikan seperti kes mahkamah," jelas Jennson.
Tidak ada pula pelanggan yang datang kepadanya bertanyakan nombor ekor.
"Persoalan seperti itu memang tidak akan mendapat sebarang jawapan. Mereka yang hendak berjudi selalunya sekadar bertanyakan tuah mereka pada hari itu," tambahnya.
Bagi bacaan penuh yang berlarutan selama 90 minit, Jennson mengenakan bayaran RM90 untuk satu sesi manakala untuk bacaan yang mengkhusus seperti untuk tafsiran kerjaya sahaja, nilai caj yang dikenakan ialah RM50.

Ada pelanggan yang sukar dilupakan Jennson.
"Saya ada pelanggan yang begitu taksub dengan bacaan kad Tarot sehinggakan perkara remeh sama ada dia patut makan nasi ayam pada hari itu ataupun tidak juga ditanyanya.
"Bagi saya tidak perlulah terlalu bergantung kepada kad Tarot. Tafsiran menggunakan kad Tarot sepatutnya membantu menyelesaikan masalah, bukan menambah masalah.
"Saya juga lebih senang menolak pelanggan yang kembali dengan soalan yang sama berkali-kali kerana jelas dia tidak mengikut nasihat yang diberikan dan tafsiran yang diberikan tidak membantunya dalam apa keadaan pun," tegasnya.

Namun, apa yang paling menarik atau sedikit menyeramkan ialah salah satu daripada 78 kad Tarot itu dikenali sebagai kad kematian.
Menggunakan kad dengan ilustrasi manusia atau jenis rider waite, Jennson menceritakan bahawa kad kematian tidak semestinya membawa maksud yang negatif.
"Ia sebenarnya menunjukkan pengakhiran kepada sesuatu. Jika soalan berkisar pergaduhan, maka pembukaan kad kematian ialah sesuatu yang positif kerana ia bermaksud pergaduhan itu bakal berakhir. Tetapi jika soalannya ialah tentang kesihatan, ia lazimnya memberikan berita buruk," akui Jennson.

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...