pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, March 7, 2010

minta penjelasan!?

saat aku berbicara sendiri
entah adakah yang mendengar
bila mencari sebuah harapan
aku tersungkur ditepian

saat aku meratap sendiri
entah adakah yang melihat
bila mencari sebuah kebahagiaan
aku terjatuh dipertengahan...

mohon penjelasan darimu,
siapa aku padamu?
adakah hanya pohon perhiasan di tamanmu?
aku mahu aku diberi seperti mereka?
yang kau siram dengan kasih
yang kau bajai dengan sayang..

mahukah kau melihatku kekeringan kegersangan?
yang setiap hari menunggumu
untuk menyiramku?

aku mahukan penjelasanmu, sahabat!!
andai aku hanya perhiasan di tamanmu,
mengapa aku diseksa begini?
mengapa aku terus dibiarkan layu??

aku mengerti,
aku bukanlah yang kau cari
aku bukanlah yang kau impi
aku sedar.
aku bukanlah setanding denganmu
aku bukanlah sehebat denganmu

namun.....
saat kumbang menghampiriku,
kau cuba usir dari hinggap denganku
walaupun aku tiada bunganya
tapi kau hanya membiarkan aku..
tanpa seberkas kasih...

sahabat,
andai aku pohon yang tiada hasil,
cantaslah!
namun, aku perlukan penjelasan darimu,,

kerana hati dan jiwa ini
memerlukan curahan kasih sayangmu
kerana aku perlukan penjelasan darimu...

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...