pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Wednesday, February 24, 2010

MASA ITU........

 

Assalammualaikum... Salam sayang pada kalian, sahabat-sahabat se'gender' dan seagamaku..

Kali ini, hamba ini bercerita tentang "MASA.........."
 Pernahkah kita ingat, dalam al-Quran pun ada menyebut tntang "Masa".?
Pernahkah kita ingat, dalam pepatah Melayu pun ada menybut tentang "Masa"?
Pernahkah kita dengar, dalam pepatah Inggeris pun ada menyebut tntang "Masa"??

Bermakna... Masa itu amat penting dan amat diperlukan walaupun kita berlainan bangsa, agama, kefahaman, tauhid dan sokongan politik.

MASA ITU IBARAT PEDANG
MASA ITU EMAS
NOT BE PUNCTUAL BUT BE EARLY...
 "Demi Masa.. Sesungguhnya Manusia Kerugian...."

Namun adakah kita masih lagi berpegang pada kata-kata di atas????

Atau kita berpegang pada 
'JANJI MELAYU..'
(berkisar ttg masa juga)???
Adakah "Janji Melayu" itu harus dibanggakan??
harus diamalkan??
Pada buah fikiran ini, frasa itu hanya memalukan sendiri orang Melayu yang sering berpegang pada kata-kata hikmah Melayu...
 Dalam konteks PEMIMPIN, mereka juga perlu mengutamakan MASA dalam memimpin masyarakat atau orang sekeliling mereka. pengaplikasian sebelum mereka menjadi pemimpin adalah di sekolah atau di kolej atau di universiti..
MASA perlu dititik beratkan oleh pelajar atau pun wakil pelajar!!
MASA perlu diibaratkan pedang yg berada di leher kita!!
Takkan kita(pemimpin) mahu dikategorikan oelh rakyat/masyarakat sebagai pemimpin yg 'kura-kura'?? sentiasa berkeadaan yang lambat dn lembap.. mungkin perasaan malu yang amat tebal sekali jika ada yang bersuara,
'Macam ni kah pemimpin? Selalu lambat? Buat malu pada rakya!'
Apa perasaan kita(pemimpin)?

begitu juga jika kita menganjurkan majlis atau program. Misalnya seorang ayah membuat program hujung minggu bersama keluarganya melancong diluar negeri. Jika ayah itu tidak mengambil berat tentang masa dan sambil lewa, dan melambat-lambatkan perjalanan programnya, apa yang anak-anak akan berkata??

Namun, segala tohmahan dan lemparan ini berpalik kepada diri sendiri. Semoga masa itu menjdai penanda aras untuk maju dan terus jaya..
Insya Allah...

 MASA TAK ADA MASA KEPADA KITA YANG SUKA BUANG MASA SEBAB MASA TAK ADA MASA UNTUK BUANG MASA DENGAN KITA YANG SUKA BUANG MASA!! JADI JANGAN BUANG MASA DENGAN MASA!!!! 

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...