pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Saturday, January 16, 2010

Pengantarabangsaan-Siapa Dikriminasi Siapa????



Assalammualaikum..... Salam Sejahtera.......

tika hari ini, masa berlalu, meninggalkan segala yang menjadi parut dalam hati..
melangkah terus maju terus berlari mengejar sesuatu yang kuimpi.....

DISKRIMINASI - penindasan, pengecualian melampau dll...

daripada frasa "DISKRIMINASI" itu sendiri, cuba kita renung kembali, pengantarabangsaan pelajar antara bangsa terutama di kolej-kolej swasta mahupun kerajaan. Siapa yang ditindas?? pelajar antarabangsa atau pelajar tempatan??

Di IPT yang saya belajar, tempat menimba ilmu, pelajar antarabangsa diberi 'layanan' yang PALING istimewa!! percayalah!! kenapa saya mengatakan sedemikian,

  1. Pelajar Antarabangsa dibenarkan untuk kembali ke asrama lewat malam lebih-lebih lagi mereka ibarat terbang tanpa sebarang sayap.. mereka keluar dan pulang sesuka hati. ibarat tiada peraturan yang telah diberitahu. apa guna sign board yang tergantung di luar pagar kediaman??
  2. Pelajar antarabangsa juga dibenarkan untuk memakai pakaian sesuka hati mereka untuk ke kuliyah (lelaki). ada yang pakai seluar jeans, t-shirt, selipar dll yang ternyata menyalahi undang-undang kolej. akan tetapi, apabila saya terpaksa memakai kasut sneekers ke kuliyah gara-gara menghadapi sekelumit masalah, saya ditegur oleh mantan Perwakilan.. siapa yang harus ditegur? siapa yang berlebihan? siapa yang didiskriminasi?? memang pelajar tempatan perlu menjadi contoh, tapi slagi perkara sebegini masih menular dan merebak, tiada sebarang keseragaman, maka tak mustahil pelajar tempatan boleh memberontak untuk mendapat HAK dan LAYANAN seisitmewa itu...
  3. pelajar antarabangsa juga dibenarkan duduk berbual sesama mereka yang bukan sama jantina. di mana penerapan ____________??? sedangkan pelajar tempatan sendiri ingin berbual hal kerja dgn berlainan jantina pun perlu dalam bilik mesyuarat!!
 walaupun hanya 3 sebab yang mampu saya coretkan, namun mungkin sahabat-sahabat saya punya sebab yang lebih kukuh.....

mohon perhitungan dan perlaksanaan daripada pihak yang bertanggungjawab...
ingatlah, Tanah tempat tumpah darah kita adalah Hak kita, Keistimewaan pada kita.. bukan pada yang 'pendatang',,,,,

Semoga coretan tak berasas ini mampu memberi sedikit cubitan mesra dalam melaksanakan apa dan bagaimana yang diperlukan dan memerlukan........


No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...