JANUARI-MAC
PLKN KEM HIJRAH PENOR, KUANTAN.
kumpulan 1 siri 6 2009
29 Disember 2008- 11 March 2009
Hijrah,
satu tempat ganjil bagiku
yang tak pernah kujejaki
tak terfikir dalam benakku
untukku berada disini...
Hijrah,
seunik namamu,
aku mula mengikut irama
rentak lagu perubahan
moga terus berhijrah...
APRIL-MEI
selepas tamat latihan PLKN,
pencarian pengalaman bekerja di sebuah kafe
di tengah bandar......
pencarian pengalaman sambil membawa sedikit perubahan dalam diri untuk dikongsi bersama teman-teman yang lain..
JUN
Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar.
melangkahkan kaki ke bumi Insaniah,
terasa kelainan..
terasa episod 'Hijrahku' bersambung kembali..
memulakan pendaftaran pada 1 Jun 2009,
Diploma Multimedia Kreatif
kemudia, hati ini memberontak!
antara keinginan cita-cita
dengan keinginan 'hijrahku'!
akhirnya...
Diploma Pengurusan Perniagaan
disini, cita-cita baru mula kuukir....
JULAI
ukhwah..
bermula pertemuan pada 1 Jun 2009
namun kami terpaksa berpisah
dek kerana perpindahan rumah....
namu, Insya Allah...
ukhwah ini terus bersemi..
kita siram kembali kejernihannya..
kita abadikan dalam kompilasi kenangannya...
OGOS
Monolog- Yang Terluka dan Melukakan..
sebuah pementasan kretif berasaskan monolong...
memang indah kenangan itu...
semanis ukwah yang terjalin...
bertemakan patriotisme,
kita sama harungi penat lelah dengan mengejar masa berlatih..
masa pantas berlalu, tak kita hirau...
kerna tepukan gemuruh singgah di kuping kita..
bukan riak, namun perasaan kita puas..
puas kerana memperjuangkan seni Malaysia
dikhalayak umat manusia Insaniah..
p/s: takkulupa 'Sayonara Syuhada' meraih kemenangan.....
SEPTEMBER
Aidilfitri bertaut kembali...
aidilfitri kali ini amat bermakna..
kerana aku mula dengan jiwa siswa...
tiada lagi zaman persekolahan..
tiada peperiksaan besar sebelum Aidilfitri lagi...
namun..
final exam pula bakal memunculkan diri...
OKTOBER
Teater- Epilog Perjuangan..
sekali lagi, sebuah pementasan berlangsung...
kali ini...
berkisar tentang perjuangan seorang pemimpin perwakilan pelajar.
ukhwah yang terjalin,
semakin akrab dan rapat...
lipatan kenangan bercambah selari masa beredar..
kali ini...
peranan mula penting...
nantikan sesuatu..
namun final exam pula bakal menjengah dalam dairi....
NOVEMBER
Peperiksaan Akhir Semester...
walaupun kali ini penuh dugaan..
dugaan berukhwah...
bersahabat,,,
penuh rintangan..
menguji kesabaran dalam perhubungan.....
dugaan dalam peperiksaan..
lantas kaki terus melangkah maju ke hadapan...
tak perlu ku jengah ke belakang...
cita ku, kukejar...
ukhwah ku, ku galas..
DISEMBER
jendala...
bakal menemukan sesuatu..
entah apa ada di luar sana..
entah siapa di luar sana..
entah bagaimana di luar sana..
disember..
bakal menyaksikan pelbagai rasa.......
akan merakamkan sejuta makna......
No comments:
Post a Comment